BLOG INI TELAH DIPINDAHKAN KE
http://keadilandotcomx.blogspot.com/
HARAP MAKLUM!
BLOG INI TELAH DIPINDAHKAN KE LAMAN BLOGSPOT http://keadilandotcomx.blogspot.com/
Charlie The Power!

Memang aktiviti disini kami tidak buat sepenuhnya oleh sebab masalah-masalah tertentu. Tempur Tanpa Senjata (TTS) hanya buat separuh sahaja. Ketua Jurulatih mengatakan masih banyak yang perlu dipelajari tetapi memandangkan perasaan beliau terguris dan tidak keluar beberapa minggu makanya aktiviti itu tidak berjalan. Aktiviti berkayak juga tidak ada oleh sebab air sungai yang tidak mendapat kelulusan daripada kementerian kesihatan. Senam seni yang begitu menyeronokkan setiap hari Khamis sahaja pun kami sempat buat beberapa kali sahaja oleh sebab masalah teknikal dan gangguan daripada aktiviti lain. Tarian yang popular iaitu poco-poco juga hanya sempat dibuat sekali sahaja memandangkan masa yang terbatas. Tetapi tidak mengapa kerana aktiviti yang sedia ada ini sudah pun sangat meletihkan dan sesuai dengan masa yang tidak sampai tiga bulan itu iaitu hanya dua bulan lebih sahaja untuk kumpulan 3 ini kerana bulan Ramadan.
Kompeni Charlie sangat mendapat perhatian daripada kalangan wira dan wirawati dan juga jurulatih. Maklumlah penghulu pun adalah dari kompeni kami. Tetapi kami kalah dengan kerjasama. Memang kumpulan kami tidak ada kerjasama. Semangat kami bertambah marak dengan kehadiran cikgu baru iaitu cikgu Harul. Beliau la yang selalu memberi motivasi kepada kami. Lagu kompeni Charlie:
Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk ramai-ramai
Charlie No 1
Charlie the best.. oi-oi
Charlie the best.. oi-oi
Charlie the best, Charlie the winner
Kebabommm!
Charlie the power.. Charlie-Charlie
Charlie the power.. Power-power
G double OD JOB.. Good Job-Good Job-Good Job
G double OD JOB.. Good Job-Good Job-Good Job.
Terima kasih kepada cikgu-cikgu Charlie iaitu Cikgu Yok (Ketua kompeni), Cikgu Nizam (JL MS) Cikgu Linda (JL MS), Cikgu Liza (JL MS), Cikgu Zakaria (JL Fiz), dan Cikgu Harul (JL Fiz). Tidak lupa juga pada rakan-rakan seperjuangan Arif (Penghulu), Zuni (3 bar), Fizz (2 bar), Aman (1 bar) dan rakan-rakan yang lain. Tanda ingatan dari kompeni Charlie Kumpulan 3 Siri 6, 2009, lagu yang dicipta buat rakan-rakan dan cikgu-cikgu. Berakhirlah.
Klik Disini untuk video
September 12, 2009
3 Bulan di Kem Benum Hill Resort (Part 3)
13/08/2009
Beberapa minggu itu adalah Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB). Masing–masing terlibat dengan aktiviti persembahan. Sukaneka juga turut diadakan. Apa yang best sekali adalah tarik tali. Berjuang sampai pengsan menyebabkan Charlie menang. Aktiviti wirajaya adalah kesukaan semua orang iaitu berkhemah di dalam hutan. Pergerakan masuk hutan memang jauh tapi pusing-pusing masuk kat kembara halangan jer. Hampeh! Malamnya wira tidak ada jalan malam tapi hanya persembahan tanpa suara sahaja. Tamatnya wirajaya malamnya ada pergaduhan. Ada sorang tu melalak sampai tak sedarkan diri. Kali ini bergaduh secara besar-besaran. Ramai yang terlibat. Macam pesta pulak.
19/08/2009
Ceramah PDRM. Polis ler datang sini memberi ceramah jenis-jenis jenayah antaranya rogol, ragut, mencuri, bunuh dan sebagainya. Jenayah yang popular adalah jenayah rogol. Bagaimana mengelakkannya? Pastikan tidak ada orang lain dalam kereta, waspada menuju tempat letak kereta, nak guna kenderaan awam mesti ada wanita lain, waspada melihat orang yang mencurigakan dan pastikan berteman jika masuk lif. Tapi dia lupa ada seperkara lagi iaitu memakai tudung labuh dan pakaian sopan!! @#%$#&. Penutup kenegaraan.
20/08/2009
Ceramah kesihatan. Pengenalan tentang penyakit HIV dan wabak selsema babi H1N1. Ada gambar panas turut ditunjuk bagaimana @#$%^& wanita yang telah terkena penyakit. Hilang terus nafsu aku kat wirawati. Malamnya adalah persembahan.
21/08/2009
Ceramah HIV Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Ada juga tayangan video kisah hidup Ina seorang pesakit HIV. Kemudian ada urine test. Malamnya adalah makan besar bagi kompeni Charlie. Maklumlah esok dah nak puasa, semua hamper yang diperolehi dijadikan pra sahur. Kompeni Charlie lah yang banyak sekali hamper berbanding kompeni lain Alfa, Bravo dan Delta. Jadi cara makannya adalah siapa cepat dia dapat. Belum sempat dua saat habis semua meja kosong. Aku cuma sempat makan dua butir kuih yang disediakan oleh jurulatih. Kek dan kuih yang lain habis jatuh ke tanah dilontar ke muka-muka pelatih. Terkebil-kebil jurulatih wanita melihat kuih yang dbuat penat-penat hancur lebur. Menangislah cikgu itu. Rakyat Malaysia memang mewah makan!!
24/08/2009
Program integrasi. Beberapa minggu itu belajar tentang kebudayaan, keagamaan masing-masing Cina, Melayu, Asli dan India. Terdapat juga peranan lelaki dan wanita. Paginya adalah persembahan.. Kaum India yang keluar sembahyang mengambil kesempatan minum arak. Baliknya mabuk-mabuk macam kanak-kanak rebena.
30/08/2009
Gaduh lagi antara cina dan melayu. Semakin hampir nak balik, semakin menjadi-jadi anak-anak bangsa kita ini. Terguris perasaan Ketua Jurulatih (KJ) sehingga berkurung bilik beberapa minggu akibat sikap pelatih-pelatih yang tidak ada kerjasama. Hari-hari kami disana sangat tidak bermakna tanpa dia. Dialah jurulatih yang paling aku suka sekali. Malamnya adalah sambutan hari kemerdekaan yang ke-52. sambut dekat padang kawad sahaja kerana tidak dibenarkan menyambut di luar kawasan akibat H1N1. Tengok ler bunga api.
31/08/2009
Ada gaduh lagi. Cerita dia bergurau sahaja tapi lama-lama jadi serius. Selama ini adalah kawan rapat tetapi bila dah gaduh terbongkar habis rahsia yang dibangkitkan. Ada la puak yang tak puas hati sebab geng dia kena tumbuk habis bengkak muka. Malamnya celoreng penuh di padang kawad untuk wirawati sahaja sebab gaduh juga. Enam orang sekali yang cun-cun pulak tuh. Aduh!! Jumpa komandan dia ugut lagi tidak ada penutup sebab ada orang pecahkan cermin tandas.
02/09/2009
Ceramah tentera udara, laut dan darat. Isi ler aku borang tentera laut dan udara. Kemudian raptai penutup. Petangnya adalah tahlil penutup. Malamnya pulak ada operasi musnah memusnah harta kem benum. Habis katil-katil kat dorm aku di smackdown kan geng-geng macha (India) ini sehingga patah. Tingkap juga pecah sebab geng-geng macha ni la punya kerja. Video !@#$% juga ada yang dilakonkan oleh geng-geng macha secara paksaan. Aku juga hampir terkena tetapi akibat sentiasa berwaspada dan jarang berada di bilik makanya selamat lah. Pernah aku terbaca satu buku itu mengatakan orang India ini mempunyai daya seks yang sangat kuat dan seks popular di kalangan orang India. Ia sangat menakutkan!
04/09/2009
Hari penutup. Ceramah tuan komandan dan perlucutan pangkat. Kompeni yang terbaik adalah Kompeni Charlie. Charlie adalah kompeni yang bijaksana, gagah, popular, banyak pergaduhan berlaku, PW2 Disiplin juga marah kepada kompeni Charlie kerana masalah banyak timbul dari kompeni Charlie dan dia jugalah memberi semangat kepada kami untuk tebus maruah dalam kembara halangan dan juga sukan bola tampar. Terima kasih PW2 Md Zuki (Disiplin). Malamnya adalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu malam lambaian kasih. Keseronokan daripada persembahan jurulatih bertukar apabila disuruh pejam mata dan memegang erat tangan rakan. Maka bermulalah saat yang menyentuh jiwa apabila jurulatih bangkitkan yang asal dari mula-mula tiba di sini. Ramai yang tersedu sedan terutama sekali wirawati. Selepas itu adalah aktiviti restu ilmu. Malam itu kami tidak tidur memandangkan majlis tamat pukul 2 pagi. Kami habiskan malam terakhir dengan disko di dalam dorm.
05/09/2009
Pergerakan balik. Masing-masih pulang dengan selamat. Biarlah kenangan di Benum HillResort ini menjadi kenangan yang terindah buat selama-lamanya. Semoga kita kekal abadi… semoga kita berjumpa lagi…
September 11, 2009
3 Bulan di Kem Benum Hill Resort (Part 2)
24/07/2009
Tayangan video pilihanraya. Marilah, tuan dan puan kita pergi mengundi 27hb bla lalalalalalala… Ya apabila kelas kenegaraan bermula, tamatnya kelas cb, maka belajar la sumbangan kerajaan kepada rakyat, pada negara. Apa balasan kita kepada kerajaan? Marilah mengundi kita pangkah amno. Selain itu juga aktiviti tali tinggi dibuat. Cuma aktiviti air sahaja tidak dibuat akibat tidak dapat kelulusan daripada kementerian kesihatan. Ini sangat mengecewakan!!
26/07/2009
Empat biji telefon bimbit pelatih hilang. Dah letak atas locker memang la hilang. Letak la dalam locker baru tak hilang. Lagi mahu ajar ka? Yang nak terjun bangunannya pelatih kehilangan telefon ni semuanya terdiri daripada bangsa cina jer. Dia fikir kem ni dia punya datuk ke. Menyusahkan orang lain. Dah la bawak dua tapi hantar satu. Bila hilang, report. Selalu bangun lewat, langgar peraturan, tidak ada kerjasama, cina je yang banyak. Aku cuma respect kat kaum asli dan India jer. Dia orang ni memang menghormati. Kata tuan komandan, sekiranya gagal ditemui, aktiviti menembak tidak ada. Malam itu ada budak hysteria. Lepas tu berjangkit pulak dengan orang lain. Wirawati jer yang kena.
27/07/2009
Teori menembak. Askar ler datang sini memberi penerangan bagaimana mengendalikan senjata Colt M16 5.56M. Disitu aku dapat ilmu baru. Ni yang bagus kerajaan ni. Tanya bekas pelatih PLKN, best tak PLKN? Jawab dia best, dapat awek!! Kepala hotak dia. Tanya wirawati pulak, best sebab dapat ramai kawan. Jawapan tak profesional langsung. Jawab ler dapat menembak, tali tinggi (flying fox, abseiling, high rope). Tali rendah (swinging board, monkey rack, 3M wall) baru boleh respect sama kerajaan. Ini la rakyat yang merugikan Negara, kerajaan buat benda baik tapi kita tak tau apa-apa. Lolz!
28/07/2009
Komandan kem mengumumkan tidak ada menembak pada hari itu berikutan kes kehilangan empat biji telefon bimbit itu masih belum ditemui. Tuan komandan selalu macam tu, kalau ada apa-apa kes mesti ada yang tidak kena. Dia suruh mengaku, sampai bila nak mengaku kita orang jahat. Maka bermulalah ketidakselenggaraan pengaturan aktiviti. Hari menembak, kita buat sportcheck. Hanya wirawati pergi menembak.
29/07/2009
Hari ini pergi la juga menembak. Aktiviti ini tetap dibuat cuma hari yang berbeza. Tuan komandan ugut jer tu. Marah la Dato Najib nanti kalau tak buat. Wirawati pergi khidmat komuniti. Oleh sebab itu, kumpulan yang telah dibuat untuk khidmat komuniti ini tidak diguna pakai. Masa menembak, terketar juga kepala lutut dengan bunyi yang sangat kuat. Tapi bila dah pegang rasa syok jugak. Memang tak puas peluru sikit sangat.
30/07/2009
Khidmat komuniti untuk wira dibatalkan berikutan virus Influenza A(H1N1) yang semakin kritikal. Tidak ada lagi pergerakan luar kawasan kem melainkan untuk tujuan beribadah. Hal ini sangat dikesali. Kelas kenegaraan belajar sayang menyanyang saling percaya bermaksud bagaimana kita mengikut cakap pemimpin. Malamnya adalah ceramah Israk Mikraj.
31/07/2009
Mari mengundi. Rakyat Malaysia diwajibkan mengundi. Pengenalan mengenai pilihanraya.
-Bubar parlimen
-Penamaan calon
-Berkempen
-Pilihan raya
-Tentukan parti yang menang dan kalah
-Perlantikan Perdana Menteri
-Perlantikan jemaah menteri
Dimaklumkan beberapa buah kem PLKN ditutup akibat wabak selsema babi. Kem Benum tak kena sebab duduk atas bukit.
01/08/2009
Program komuniti derma darah. Aku pun nak derma jugak tapi tak cukup syarat tak tau kenapa. Ada sorang wira tu derma pengsan dua jam hilang darah. Kita pula derma kat dia bukan dia derma kat orang. Beberapa minggu itu belajar kelas kenegaraan ‘aku Yang Berhormat’. Masing-masing jadi YB. Kerana mulut badan binasa, pembangkang vs kerajaan, perancangan saya, hancurkan Negara musuh, pertahankan Negara Malaysia. Petangnya belajar tali tinggi bertujuan membina keyakinan diri dan ceramah kraf hutan.
05/08/2009
Sesi pengambaran kompeni dan juga kelas kenegaraan. Malamnya tayangan video ‘aku cinta PLKN’. Terbahagi kepada empat modul iaitu modul pembinaan karakter, modul kenegaraan, modul fizikal dan khidmat komuniti.
08/08/2009
Ceramah kolej-kolej seperti JTM, Kolej Negeri, Olympia College. Ramai-ramai pakat dok berkempen suh masuk kolej dia. Dulu kita yang cari kolej sekarang dia yang cari kita. Turut berkempen Mizumi Beauty Academy iaitu kursus jurukecantikan professional. Dia punya model bukan cantik pun. Dah tu pulak siap ada demo lagi pergi ambik sorang wirawati untuk dia make up kan. Ambik ler orang asli. Pergi gak dia ambik amoi. Tak make up pun dah cantik itu anak.
11/08/2009
Pertandingan kawad. Charlie dapat no tiga tapi untuk ketua platun dapat no satu. Charlie adalah kompeni yang terbaik setakat ini kerana banyak menang dan belum pernah tempat terakhir. Hadiah yang paling banyak adalah kompeni Charlie. Tetapi kerana kerap bergaduh, markah akan dipotong dan ia menyukarkan kita untuk jadi kompeni terbaik. Sebagai menebus maruah, kami buktikan pada pertandingan kembara halangan. Hasilnya kompeni Charlie wira dan wirawati dapat no satu. Charlie The Power!
September 11, 2009
3 Bulan di Kem Benum Hill Resort (Part 1)
16/06/2009
Kira-kira jam 5 pagi bertolak dari Tanah Merah ke Picked Up Point Dataran Kesedar Gua Musang. Melapor diri sebagai pelatih PLKN Siri 6 Kumpulan 3, 2009 jam 9.30 pagi dan tiba kira-kira jam 1.00 petang di Kg. Sungai Ulu Gali, Raub Pahang. Masa ni boleh tengok masing-masing panjang perang, betis putih, muka sedih, seronok semua ada. Beberapa taklimat ringkas oleh ketua jurulatih dan pemeriksaan beg pakaian. Aku kompeni Charlie.
25/06/2009
Kelas pembinaan karakter Modul 1. Sepanjang beberapa minggu itu belajar bagaimana menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri. Setiap pagi melakukan gerak ceria seperti kanak-kanak Tadika bertujuan membina kreativiti. Di dalam kelas inilah bermulanya konsep 1Malaysia apabila setiap kumpulan kecil mesti ada India, cina, asli supaya masing-masing bergaul. Kita satu bangsa, kita satu Negara, kita satu matlamat.. ooo.. Kita satu bangsa, satu negara, kita satu Malaysia…
01/07/2009
Ramai yang demam dan batuk-batuk. Yala tiap-tiap hari berkawad panas siang panas malam. Air sedut atas bukit. Pastu kejap ada kejap tak ada. Ini sangat tidak memuaskan. Petangnya membuat perbincangan kontrak kita janji. Hasilnya kompeni Charlie menang isi kandungan terbaik, bendera terbaik, penyampaian terbaik dan menang keseluruhannya. Cuma kerjasama sahaja tewas di tangan Bravo. Mana tidaknya, dalam masa itu dah dua kali Charlie terlibat dengan pergaduhan dan rokok.
06/07/2009
Kelas pembinaan karakter Modul 2. Sepanjang beberapa minggu itu belajar menampilkan yang terbaik dalam diri orang lain. Pentingnya berkongsi dengan orang lain. Latihan berkawad, ada la jugak jurulatih kelihatan rasa bersalah apabila salah seorang wirawati terjatuh dari atas bukit setelah disuruh naik dan mencium batu. Kompeni Alfa pulak gaduh dua kali antara melayu dengan cina. Kelihatan cina agak berdendam. Malamnya denda pakai celoreng penuh di padang kawad kemudian dalam 10 minit tukar baju kelas pulak. Sedikit suara bantahan, tambah lagi tuala ikat kat pinggang. Memang letih! Kemudian ceramah pertolongan cemas.
18/07/2009
Ada la beberapa manusia ni pergi ceroboh kawasan wirawati pada waktu malam selepas minum malam. Ini sangat membangkitkan kemarahan Tuan Komandan sehingga tidak ada minum malam selepas itu. Habis malam itu kecoh siap dengan mesyuarat lagi ‘siapakah yang menceroboh?’. Ada yang nak bertumbuk dan belasah kalau dapat tau. Aku tengok pun nak tergelak je gelagat masing-masing. Sehingga kan sidang mesyuarat sendiri nak bergaduh oleh hal itu.Tak bersungguh pun tak apa la. Tapi bagus, kerjasama tu ada.
September 09, 2009
Benarkah Kiamat 21.12.2012?
Ramalan bahawasanya kiamat akan berlaku pada 2012 ini menjadi topik hangat dibincangkan di kalangan masyarakat antarabangsa dan menjadi perhatian para sainstis barat. Cerita ini yang merupakan ramalan oleh satu etnik purba yang digelar sebagai kaum Mayan sudah pun tersebar luas di internet dan Mastika juga ada menulisnya pada keluaran bulan Jun 2009. Mengikut kalendar kaum Maya ini, pada 21.12.2012 segala carekawala bertembung antara satu sama lain. Suhu akan meningkat dan menyebabkan bongkahan ais akan mencair. Selain itu juga akan berlaku taufan dan tsunami. Persoalannya adakah ramalan ini benar?
Ramalan masyarakat Maya ini menjadi perhatian di kalangan bijak pandai dan para saintis barat kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang falak. Mayarakat kuno ini amat terkenal dalam bidang astronomi, arkitektur, kejuruteraan, seni serta matematik. Mereka ini lebih mengetahui kejadian alam dan mempunyai kalendar sendiri. Bagi menguatkan ramalan ini, ada golongan bijak pandai barat yang menyokong ramalan ini. Selain itu juga terdapat gunung berapi di amerika yang sudah meletus beribu tahun lamanya sedang menunggu masa untuk meletus kembali pada 2012. Melalui kitab kuno dari China turut menyatakan bencana besar akan berlaku pada 2012.
Melalui sumber-sumber dan pakar-pakar, adakah anda percaya? Kiamat itu adalah bencana yang amat mustahil untuk manusia mengetahui dan meramalkannya kerana kedatangannya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan pada waktu kedatangannya kerana kiamat berlaku dengan secara mengejut.