KEADILANDOTCOM
  News
 

Berita Buruk Untuk Para Pengguna TMnet Streamyx
KDC on 05/18/2009 at 2:33pm (UTC)
 Bermula dari bulan MEI 2009, TMnet Streamyx telah menyempitkan jalur lebarnya. Semua nombor IP terlibat. Hanya nombor IP yang bermula dengan 60.48.XXX.XXX sahaja yang berkelajuan seperti biasa.

Jika anda menggunakan router bagi mendail nombor ini, anda memerlukan paling kurang 10 minit (itu pun jika anda bernasib baik).

Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, TMnet Streamyx melakukan ini semua bagi menghadkan penggunaan Internet di kalangan orang biasa agar mereka kembali kepada media lama iaitulah TV dan radio (yang semua orang tahu ia dipantau oleh kerajaan).

Media baru seperti SMS, MMS dan Internet dilaporkan telah menggugat keuntungan syarikat siaran televisyen besar seperti Media Prima dan juga menggugat politik Barisan Nasional. Mereka semakin kehilangan penonton dan juga para pengiklan yang menjadi tunjang syarikat mereka. Kerajaan Barisan Nasional pula semakin kehilangan para penyokong.
 

<-Back

 1 

Continue->

 
 
  Today, there have been 13 visitors (17 hits) on this page!  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free