Belum Lawan Dah Banyak Alasan
Seperti biasalah Pilihan Raya Kecil Penanti kemenangan bagi Pakatan Rakyat. Kita semakin bangkit dan memecut untuk menghadapi arus pembaharuan perubahan. Tetapi kemenangan kita sangat tidak dirasai kerana Umno (musuh ketat) tidak meletakkan calon kerana dengan sebab tidak mahu terlibat dengan permainan politik dari pihak pembangkang. Alasan yang tidak munasabah. Lagipun yang letak jawatan di Penanti itu adalah dari wakil PKR. Sepatutnya mereka (Umno) rebut peluang ini. Makanya kerana takut dan sudah meramalkan akan kekalahan, jadi tidak mahu bertanding. Tetapi Umno masih lagi tidak malu kerana tidak kalah cuma boleh dikatakan takdak teloq.
Oleh sebab Umno tidak meletak calon, jadi PKR ditentang tiga calon bebas. Kita sedia maklum bahawa parti yang kuat adalah Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sahaja. Sudah tentunya Pakatan Rakyat akan menang. Jadi yang bebas ini mahu apa? Masuk bebas tetapi sokong kerajaan Barisan Nasional buat apa? Membazir masa, membazir waktu dan membazir wang. Kita ini berjuang untuk jaga rakyat. Daripada hilang deposit mudah-mudah, lebih baik sedekah kat anak yatim atau fakir miskin.
Umno (Najib) mengatakan Pilihan Raya Kecil ADUN Penanti adalah satu mainan politik dari pembangkang berikutan perletakan jawatan Fairus (PKR) yang dikatakan terlibat dalam rasuah berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang. Dalam kes Perak pula itu mainan siapa? Kita senang sahaja, tak puas hati buat pilihanraya. Biar rakyat yang tentukan. Tetapi mereka tidak mahu. Mereka mahu rasuah. Mereka mahu cipta sejarah di mana ada speker dua orang dan menteri besar dua orang yang belum pernah berlaku sebelum ini. Raja selama ini disanjung tetapi sekarang dihina, ini permainan siapa?
Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon DUN Manek Urai pada 6 Julai ini, manakala pengundian dijalankan pada 14 Julai setelah penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung. Nah! kita tengok di Manek Urai pula. Mahu malu ke atau takdak teloq?
June 01, 2009
|