Menanti Kelahiran Pertama
Kebanyakan di antara mereka yang melahirkan anak luar nikah ini biasanya dari kalangan yang bawah umur. Mereka hanya bersuka-suka tanpa fikir akibat atau kesan buruk. Mereka ini kalau mengikut hukum hudud, berzina dikenakan sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati bagi yang sudah berkahwin. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah. Malangnya hudud ditolak oleh kalangan pemimpin yang jahil. Kerana apa? Kerana kerajaan sekarang ini dia takut dengan kebenaran. Mereka mahu maksiat berleluasa. Mereka mahu jenayah meningkat. Mereka mahu rasuah. Mereka mahu bom orang. Mereka mahu buat zalim dan berkuasa melebihi hudud.
Di saat kebanyakan remaja ini membuang bayi tetapi masih ada yang memerlukan. Alangkah malang bagi mereka yang membunuh anak sendiri. Mereka ini adalah orang-orang yang rugi. Hari ini, perut semakin membesar. Bukan perut saya tetapi perut kakak saya yang telah mendirikan rumah tangga hampir 2 tahun. Dia (kakak) yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Besar Kuala Lumpur terpaksa mengambil cuti bersalin selama dua bulan dan dijangka akan melahirkan anak pada 07/06/2009 ini. Kelahiran anak sulung amat dinantikan terutama bagi saya sebagai bakal bapa saudara. Maklumlah, saya belum pernah ada adik sudah semestinya ingin merasainya walaupun anak saudara.
Jika saya ada adik, sudah tentunya saya akan didik dia dengan baik. Kita mahu jaga generasi muda ini supaya berakhlak. Kepimpinan Umno memang kita sedia maklum. Mereka tidak layak untuk memimpin generasi muda bahkan kita juga mereka tidak layak. Jadi ahli keluargalah harus bertanggungjawab. Untuk membentuk generasi masakini, sangat tidak wajarlah jika kita berkelakuan kasar kepada anak-anak. Tetapi saya tidak kata juga anak-anak perlu dimanjakan. Apa yang ingin saya katakan disini, kasih sayang ibu bapa sangat berbeza daripada ahli keluarga yang lain tidak kiralah adik beradik, pakcik, makcik dan sebagainya. Biarlah sahaja ibu bapa yang menghukum. Kita sebagai abang, kakak, pakcik, makcik lain pula peranan. Kadang-kadang kita tidak faham perasaan adik-adik. Kita gunakan kuasa dan pangkat untuk menindas mereka.
Kalau kita bertindak kasar bertujuan untuk mengajar itu sudah tentunya tidak mengapa. Mungkin di usia masih kecil, itu wajar lagi untuk kita bertindak kasar. Tetapi bila sudah meningkat remaja, kaedah ini sudah tidak boleh diguna pakai lagi. Mereka ada ilmu dan boleh berfikir baik buruknya. Masalahnya kita juga yang seakan-seakan ingin mempermainkan atau membuli mereka. Bila mereka lawan atau bersuara, kita kata kurang ajar seperti tidak ada kebebasan bersuara. Biasanya yang selalu ditindas adalah anak bongsu sahaja. Kita mungkin merasakan mereka ini tidak penting dan tidak boleh dibawa berbincang. Tetapi mereka bukan binatang yang tidak mempunyai perasaan dan akal. Mungkin kita cemburu dan iri hati dengan mereka ini kerana selalu diberi kelebihan oleh ibu bapa. Hal itu sangat saya simpati.
Tetapi harus kita sedar walaupun kita ini seorang doktor ke, polis, bomba, jurutera, guru disiplin, guru kaunseling, atau kerani, seharusnya berfikiran positif. Kalau di waktu kecil kita sering marah dan pukul mereka, dan di waktu mereka meningkat remaja juga kita melakukan hal yang sama, kamu fikir dia akan salut kepada kita? Lawan tetap lawan!!!
June 04, 2009