KEADILANDOTCOM
  3 Bulan di Kem Benum Hill Resort (Part 1)
 

3 Bulan di Kem Benum Hill Resort (Part 1)

16/06/2009

Kira-kira jam 5 pagi bertolak dari Tanah Merah ke Picked Up Point Dataran Kesedar Gua Musang. Melapor diri sebagai pelatih PLKN  Siri 6 Kumpulan 3, 2009 jam 9.30 pagi dan tiba kira-kira jam 1.00 petang di Kg. Sungai Ulu Gali, Raub Pahang. Masa ni boleh tengok masing-masing panjang perang, betis putih, muka sedih, seronok semua ada. Beberapa taklimat ringkas oleh ketua jurulatih dan pemeriksaan beg pakaian. Aku kompeni Charlie.

 

25/06/2009

Kelas pembinaan karakter Modul 1. Sepanjang beberapa minggu itu belajar bagaimana menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri. Setiap pagi melakukan gerak ceria seperti kanak-kanak Tadika bertujuan membina kreativiti. Di dalam kelas inilah bermulanya konsep 1Malaysia apabila setiap kumpulan kecil mesti ada India, cina, asli supaya masing-masing bergaul. Kita satu bangsa, kita satu Negara, kita satu matlamat.. ooo.. Kita satu bangsa, satu negara, kita satu Malaysia

 

01/07/2009

Ramai yang demam dan batuk-batuk. Yala tiap-tiap hari berkawad panas siang panas malam. Air sedut atas bukit. Pastu kejap ada kejap tak ada. Ini sangat tidak memuaskan. Petangnya membuat perbincangan kontrak kita janji. Hasilnya kompeni Charlie menang isi kandungan terbaik, bendera terbaik, penyampaian terbaik dan menang keseluruhannya. Cuma kerjasama sahaja tewas di tangan Bravo. Mana tidaknya, dalam masa itu dah dua kali Charlie terlibat dengan pergaduhan dan rokok.

 

06/07/2009

Kelas pembinaan karakter Modul 2. Sepanjang beberapa minggu itu belajar menampilkan yang terbaik dalam diri orang lain. Pentingnya berkongsi dengan orang lain. Latihan berkawad, ada la jugak jurulatih kelihatan rasa bersalah apabila salah seorang wirawati terjatuh dari atas bukit setelah disuruh naik dan mencium batu. Kompeni Alfa pulak gaduh dua kali antara melayu dengan cina. Kelihatan cina agak berdendam. Malamnya denda pakai celoreng penuh di padang kawad  kemudian dalam 10 minit tukar baju kelas pulak. Sedikit suara bantahan, tambah lagi tuala ikat kat pinggang. Memang letih! Kemudian ceramah pertolongan cemas.

 

18/07/2009

            Ada la beberapa manusia ni pergi ceroboh kawasan wirawati pada waktu malam selepas minum malam. Ini sangat membangkitkan kemarahan Tuan Komandan sehingga tidak ada minum malam selepas itu. Habis malam itu kecoh siap dengan mesyuarat lagi ‘siapakah yang menceroboh?’. Ada yang nak bertumbuk dan belasah kalau dapat tau. Aku tengok pun nak tergelak je gelagat masing-masing. Sehingga kan sidang mesyuarat sendiri nak bergaduh oleh hal itu.Tak bersungguh pun tak apa la. Tapi bagus, kerjasama tu ada.

September 09, 2009
 
 
  Today, there have been 6 visitors (8 hits) on this page!  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free