3 Bulan di Kem Benum Hill Resort (Part 2)
24/07/2009
Tayangan video pilihanraya. Marilah, tuan dan puan kita pergi mengundi 27hb bla lalalalalalala… Ya apabila kelas kenegaraan bermula, tamatnya kelas cb, maka belajar la sumbangan kerajaan kepada rakyat, pada negara. Apa balasan kita kepada kerajaan? Marilah mengundi kita pangkah amno. Selain itu juga aktiviti tali tinggi dibuat. Cuma aktiviti air sahaja tidak dibuat akibat tidak dapat kelulusan daripada kementerian kesihatan. Ini sangat mengecewakan!!
26/07/2009
Empat biji telefon bimbit pelatih hilang. Dah letak atas locker memang la hilang. Letak la dalam locker baru tak hilang. Lagi mahu ajar ka? Yang nak terjun bangunannya pelatih kehilangan telefon ni semuanya terdiri daripada bangsa cina jer. Dia fikir kem ni dia punya datuk ke. Menyusahkan orang lain. Dah la bawak dua tapi hantar satu. Bila hilang, report. Selalu bangun lewat, langgar peraturan, tidak ada kerjasama, cina je yang banyak. Aku cuma respect kat kaum asli dan India jer. Dia orang ni memang menghormati. Kata tuan komandan, sekiranya gagal ditemui, aktiviti menembak tidak ada. Malam itu ada budak hysteria. Lepas tu berjangkit pulak dengan orang lain. Wirawati jer yang kena.
27/07/2009
Teori menembak. Askar ler datang sini memberi penerangan bagaimana mengendalikan senjata Colt M16 5.56M. Disitu aku dapat ilmu baru. Ni yang bagus kerajaan ni. Tanya bekas pelatih PLKN, best tak PLKN? Jawab dia best, dapat awek!! Kepala hotak dia. Tanya wirawati pulak, best sebab dapat ramai kawan. Jawapan tak profesional langsung. Jawab ler dapat menembak, tali tinggi (flying fox, abseiling, high rope). Tali rendah (swinging board, monkey rack, 3M wall) baru boleh respect sama kerajaan. Ini la rakyat yang merugikan Negara, kerajaan buat benda baik tapi kita tak tau apa-apa. Lolz!
28/07/2009
Komandan kem mengumumkan tidak ada menembak pada hari itu berikutan kes kehilangan empat biji telefon bimbit itu masih belum ditemui. Tuan komandan selalu macam tu, kalau ada apa-apa kes mesti ada yang tidak kena. Dia suruh mengaku, sampai bila nak mengaku kita orang jahat. Maka bermulalah ketidakselenggaraan pengaturan aktiviti. Hari menembak, kita buat sportcheck. Hanya wirawati pergi menembak.
29/07/2009
Hari ini pergi la juga menembak. Aktiviti ini tetap dibuat cuma hari yang berbeza. Tuan komandan ugut jer tu. Marah la Dato Najib nanti kalau tak buat. Wirawati pergi khidmat komuniti. Oleh sebab itu, kumpulan yang telah dibuat untuk khidmat komuniti ini tidak diguna pakai. Masa menembak, terketar juga kepala lutut dengan bunyi yang sangat kuat. Tapi bila dah pegang rasa syok jugak. Memang tak puas peluru sikit sangat.
30/07/2009
Khidmat komuniti untuk wira dibatalkan berikutan virus Influenza A(H1N1) yang semakin kritikal. Tidak ada lagi pergerakan luar kawasan kem melainkan untuk tujuan beribadah. Hal ini sangat dikesali. Kelas kenegaraan belajar sayang menyanyang saling percaya bermaksud bagaimana kita mengikut cakap pemimpin. Malamnya adalah ceramah Israk Mikraj.
31/07/2009
Mari mengundi. Rakyat Malaysia diwajibkan mengundi. Pengenalan mengenai pilihanraya.
-Bubar parlimen
-Penamaan calon
-Berkempen
-Pilihan raya
-Tentukan parti yang menang dan kalah
-Perlantikan Perdana Menteri
-Perlantikan jemaah menteri
Dimaklumkan beberapa buah kem PLKN ditutup akibat wabak selsema babi. Kem Benum tak kena sebab duduk atas bukit.
01/08/2009
Program komuniti derma darah. Aku pun nak derma jugak tapi tak cukup syarat tak tau kenapa. Ada sorang wira tu derma pengsan dua jam hilang darah. Kita pula derma kat dia bukan dia derma kat orang. Beberapa minggu itu belajar kelas kenegaraan ‘aku Yang Berhormat’. Masing-masing jadi YB. Kerana mulut badan binasa, pembangkang vs kerajaan, perancangan saya, hancurkan Negara musuh, pertahankan Negara Malaysia. Petangnya belajar tali tinggi bertujuan membina keyakinan diri dan ceramah kraf hutan.
05/08/2009
Sesi pengambaran kompeni dan juga kelas kenegaraan. Malamnya tayangan video ‘aku cinta PLKN’. Terbahagi kepada empat modul iaitu modul pembinaan karakter, modul kenegaraan, modul fizikal dan khidmat komuniti.
08/08/2009
Ceramah kolej-kolej seperti JTM, Kolej Negeri, Olympia College. Ramai-ramai pakat dok berkempen suh masuk kolej dia. Dulu kita yang cari kolej sekarang dia yang cari kita. Turut berkempen Mizumi Beauty Academy iaitu kursus jurukecantikan professional. Dia punya model bukan cantik pun. Dah tu pulak siap ada demo lagi pergi ambik sorang wirawati untuk dia make up kan. Ambik ler orang asli. Pergi gak dia ambik amoi. Tak make up pun dah cantik itu anak.
11/08/2009
Pertandingan kawad. Charlie dapat no tiga tapi untuk ketua platun dapat no satu. Charlie adalah kompeni yang terbaik setakat ini kerana banyak menang dan belum pernah tempat terakhir. Hadiah yang paling banyak adalah kompeni Charlie. Tetapi kerana kerap bergaduh, markah akan dipotong dan ia menyukarkan kita untuk jadi kompeni terbaik. Sebagai menebus maruah, kami buktikan pada pertandingan kembara halangan. Hasilnya kompeni Charlie wira dan wirawati dapat no satu. Charlie The Power!
September 11, 2009