KEADILANDOTCOM
  3 Bulan di Kem Benum Hill Resort (Part 3)
 

3 Bulan di Kem Benum Hill Resort (Part 3)

13/08/2009

            Beberapa minggu itu adalah Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB). Masing–masing terlibat dengan aktiviti persembahan. Sukaneka juga turut diadakan. Apa yang best sekali adalah tarik tali. Berjuang sampai pengsan menyebabkan Charlie menang. Aktiviti wirajaya adalah kesukaan semua orang iaitu berkhemah di dalam hutan. Pergerakan masuk hutan memang jauh tapi pusing-pusing masuk kat kembara halangan jer. Hampeh! Malamnya wira tidak ada jalan malam tapi hanya persembahan tanpa suara sahaja. Tamatnya wirajaya malamnya ada pergaduhan. Ada sorang tu melalak sampai tak sedarkan diri. Kali ini bergaduh secara besar-besaran. Ramai yang terlibat. Macam pesta pulak.

 

19/08/2009

            Ceramah PDRM. Polis ler datang sini memberi ceramah jenis-jenis jenayah antaranya rogol, ragut, mencuri, bunuh dan sebagainya. Jenayah yang popular adalah jenayah rogol. Bagaimana mengelakkannya? Pastikan tidak ada orang lain dalam kereta, waspada menuju tempat letak kereta, nak guna kenderaan awam mesti ada wanita lain, waspada melihat orang yang mencurigakan dan pastikan berteman jika masuk lif. Tapi dia lupa ada seperkara lagi iaitu memakai tudung labuh dan pakaian sopan!! @#%$#&. Penutup kenegaraan.

 

20/08/2009

            Ceramah kesihatan. Pengenalan tentang penyakit HIV dan wabak selsema babi H1N1. Ada gambar panas turut ditunjuk bagaimana @#$%^& wanita yang telah terkena penyakit. Hilang terus nafsu aku kat wirawati. Malamnya adalah persembahan.

 

21/08/2009

               Ceramah HIV Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Ada juga tayangan video kisah hidup Ina seorang pesakit HIV. Kemudian ada urine test. Malamnya adalah makan besar bagi kompeni Charlie. Maklumlah esok dah nak puasa, semua hamper yang diperolehi dijadikan pra sahur. Kompeni Charlie lah yang banyak sekali hamper berbanding kompeni lain Alfa, Bravo dan Delta. Jadi cara makannya adalah siapa cepat dia dapat. Belum sempat dua saat habis semua meja kosong. Aku cuma sempat makan dua butir kuih yang disediakan oleh jurulatih. Kek dan kuih yang lain habis jatuh ke tanah dilontar ke muka-muka pelatih. Terkebil-kebil jurulatih wanita melihat kuih yang dbuat penat-penat hancur lebur. Menangislah cikgu itu. Rakyat Malaysia memang mewah makan!!

 

24/08/2009

            Program integrasi. Beberapa minggu itu belajar tentang kebudayaan, keagamaan masing-masing Cina, Melayu, Asli dan India. Terdapat juga peranan lelaki dan wanita.  Paginya adalah persembahan.. Kaum India yang keluar sembahyang mengambil kesempatan minum arak. Baliknya mabuk-mabuk macam kanak-kanak rebena.

 

30/08/2009

            Gaduh lagi antara cina dan melayu. Semakin hampir nak balik, semakin menjadi-jadi anak-anak bangsa kita ini. Terguris perasaan Ketua Jurulatih (KJ) sehingga berkurung bilik beberapa minggu akibat sikap pelatih-pelatih yang tidak ada kerjasama. Hari-hari kami disana sangat tidak bermakna tanpa dia. Dialah jurulatih yang paling aku suka sekali. Malamnya adalah sambutan hari kemerdekaan yang ke-52. sambut dekat padang kawad sahaja kerana tidak dibenarkan menyambut di luar kawasan akibat H1N1. Tengok ler bunga api.

 

31/08/2009     

            Ada gaduh lagi. Cerita dia bergurau sahaja tapi lama-lama jadi serius. Selama ini adalah kawan rapat tetapi bila dah gaduh terbongkar habis rahsia yang dibangkitkan. Ada la puak yang tak puas hati sebab geng dia kena tumbuk habis bengkak muka. Malamnya celoreng penuh di padang kawad untuk wirawati sahaja sebab gaduh juga. Enam orang sekali yang cun-cun pulak tuh. Aduh!! Jumpa komandan dia ugut lagi tidak ada penutup sebab ada orang pecahkan cermin tandas.

 

02/09/2009

            Ceramah tentera udara, laut dan darat. Isi ler aku borang tentera laut dan udara. Kemudian raptai penutup. Petangnya adalah tahlil penutup. Malamnya pulak ada operasi musnah memusnah harta kem benum. Habis katil-katil kat dorm aku di smackdown kan geng-geng macha (India) ini sehingga patah. Tingkap juga pecah sebab geng-geng macha ni la punya kerja. Video !@#$% juga ada yang dilakonkan oleh geng-geng macha secara paksaan. Aku juga hampir terkena tetapi akibat sentiasa berwaspada dan jarang berada di bilik makanya selamat lah. Pernah aku terbaca satu buku itu mengatakan orang India ini mempunyai daya seks yang sangat kuat dan seks popular di kalangan orang India. Ia sangat menakutkan!

 

04/09/2009

Hari penutup. Ceramah tuan komandan dan perlucutan pangkat. Kompeni yang terbaik adalah Kompeni Charlie. Charlie adalah kompeni yang bijaksana, gagah, popular, banyak pergaduhan berlaku, PW2 Disiplin juga marah kepada kompeni Charlie kerana masalah banyak timbul dari kompeni Charlie dan dia jugalah memberi semangat kepada kami untuk tebus maruah dalam kembara halangan dan juga sukan bola tampar. Terima kasih PW2 Md Zuki  (Disiplin). Malamnya adalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu malam lambaian kasih. Keseronokan daripada persembahan jurulatih bertukar apabila disuruh pejam mata dan memegang erat tangan rakan. Maka bermulalah saat yang menyentuh jiwa apabila jurulatih bangkitkan yang asal dari mula-mula tiba di sini. Ramai yang tersedu sedan terutama sekali wirawati. Selepas itu adalah aktiviti restu ilmu. Malam itu kami tidak tidur memandangkan majlis tamat pukul 2 pagi. Kami habiskan malam terakhir dengan disko di dalam dorm.

 

05/09/2009

Pergerakan balik. Masing-masih pulang dengan selamat. Biarlah kenangan di Benum HillResort ini menjadi kenangan yang terindah buat selama-lamanya. Semoga kita kekal abadi… semoga kita berjumpa lagi…

September 11, 2009

 
 
  Today, there have been 4 visitors (6 hits) on this page!  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free