Cerita Si Ngok Ngek
Oleh sebab pendedahan daripada sumber-sumber terdekat, makanya remaja perempuan ini telah dapat mengesan laman blog saya. Beliau tidak tersentuh atau marah dengan pendedahan yang saya lakukan ke atasnya, sebaliknya menaruh harapan untuk berkongsi cerita ini buat anda semua. Cuma apa yang sangat dikesalkannya ialah pendedahan pada laman komuniti tagged yang mana terdapat foto-foto beliau. Kerana itu lah jika anda klik pada link tersebut, akaunnya sudah di tamatkan. Saya mohon maaf di atas perkara tersebut.
Berikutan pasangan yang ditentukan oleh ibu bapa mereka, masing-masing pasangan suami isteri ini tidak membantah, malah tidak berani sama sekali untuk melukai kedua orang tuanya. Jadi mereka melalui kehidupan pahit tanpa diketahui ibu bapa mereka. Walaupun mereka nampak cool di mata orang tuanya, tetapi bagaikan tawa dalam tangisan. Berkat iman di dada, mereka tetap juga tempuhi suka duka bersama. Mereka sanggup berkorban menggadai nikmat semata-mata demi orang tuanya.
Saya cuba bertanya sedikit sebanyak mengenai perhubungan mereka yang terjalin sekian lama. Apa yang remaja ini jelaskan, hubungan mereka sangat baik dan semakin akrab. Mereka mula mahu mengenali antara satu sama lain dan bawa berbincang apa jua perkara. Si suami juga jelas beliau, bertindak adil dan tidak lupa memberi nafkah zahir. Suaminya juga tidak kerap lagi makan di luar bersama rakan-rakan yang lain. Dia mula bertukar selera makan bersama isteri dengan nasi berlaukkan ikan kering dan telur dadar. Kesempatan ini digunakan Si Ngok Ngek sebagai tanggungjawab seorang isteri.
Cuma sedikit persoalan pada fikiran saya. Saya cuba bertanya mengenai zuriat. Remaja ini menjelaskan bahawa mereka masih belum mempunyai cahaya mata. Hal ini kerana, mereka masih belum pernah melakukan hubungan kelamin dan masih tidur berasingan. Disini si suami masih belum memberikan nafkah batin terhadap isterinya. Tetapi mengapa? Tidak bagus jika suami tidak memberikannya dan sangat tidak bagus jika isteri menolaknya. Saya cuba merungkai persoalan ini.
Walaupun hubungan mereka tidak seperti dulu lagi, tetapi masih belum ada perasaan cinta di dalam hati pasangan ini. Pada pemerhatian saya, remaja perempuan ini mugkin telah melakukan kesilapan kerana tidak mahu tidur bersama suami. Yang mana lahirnya dia dari tulang rusuk suami la juga. Syurga dia terletak di bawah kaki suami la juga. Adakah dia masih belum sedar diri? Apakah kerana tidak ada perasaan cinta, sanggup membiarkan suami tidur bersendirian? yang penat lelah bekerja demi menyara kehidupan dia la juga. Walhal apa yang diminta remaja ini, semuanya diberikan oleh suami. Adakah remaja ini adalah di antara orang-orang yang tidak bersyukur?
Saya tidak bermaksud untuk menyalahkan beliau. Adapun kisah ini sengaja beliau ceritakan untuk para pembaca sekalian. Cuma kesempatan ini saya gunakan untuk mereka yang mengalami nasib yang sama supaya akur dengan ketentuan ilahi. Pernahkah anda menonton filem im not single arahan Pierre Andre? Kalau belum pernah, mari kita pakat-pakat tengok. Cerita ini jelas menunjukkan ketabahan si suami walaupun menerima nasib yang sama. Saranan saya, janganlah kita terlalu ego.
Kisah hidup malang remaja ini juga boleh kita jadikan sebagai panduan. Mereka tidak pernah bercinta. Tidak pernah bercium, berpegangan tangan atau melakukan maksiat. Tidak seperti remaja lain sekarang ini yang berpegangan tangan pada mulanya, berzina dan seterusnya membuang bayi. Saya berharap agar hubungan remaja ini bersama pasangannya akan bahagia ke anak cucu. Ingatlah, tidak ada yang lebih baik melainkan bercinta selepas berkahwin.
May 25, 2009
|