Tension Aku Datang Lagi (part 3)
Dalam menghadapi liku-liku kehidupan, tidak ada sebarang pun benda yang senang. Semua perjalanan harus dilalui dengan tabah dan yakin. Dan kita harus akur dengan ketentuan ilahi.. Walau apa jua rintangan yang mendatang, kita tidak harus pudar dan luntur sedikit pun semangat kita untuk meneruskan rakan reformasi.
Hari ini Makhamah Rayuan mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah. Dalam masa yang sama, kita masih ada lagi pilihanraya kecil di Penanti dan terbaru di ADUN Manek Urai berikutan kematian Ismail Yaacob akibat sakit jantung. Malaysia hari ini mencatat rekod yang buruk akibat ketidakstabilan politik dari tampuk Pak Lah seterusnya kepada Dato Najib. Kita lihat sahaja potensi Dato Najib seterusnya dalam meraih sokongan rakyat untuk mencuci nama apabila kekucaran pada awalnya berlaku semenjak beliau bergelar PM.
Sambung cerita aku pulak...
Keinginan aku untuk menukar kelas akhirnya aku batalkan. Guru yang bertanggungjawab telah menempatkan Rendah 5 ke kelas yang bersebelah dengan 6 Rendah yang lain. Ketensionan pun sedikit menghilang akibat keselesaan yang amat baik walaupun sedikit gangguan akibat dikelilingi oleh tingkatan yang lain. Tapi itu bukan persoalannya.
Persoalannnya, baru nak start belajar, sampai dah surat. Bukan surat ke IPTA, bukan surat jadi peguam atau sewaktu dengannya, tetapi surat dari Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Aduh! Bikin problem betul. Aku nak tanya la kat Dato Najib ni, apa punya matlamat buat benda ni? Aku pun tak faham.
Membentuk jati diri? Ini la yang biasa aku dengar. Tapi khidmat negara ni pun ada machonya..
Dari jawapan salah seorang sumber yang pernah aku temu bual sebelum ini, PLKN best.. Kalau dah pergi, confirm tak nak balik punya. Dapat ramai kawan. Dapat bermain-main aktiviti dan bergelak ketawa bersama kawan. Sedar tak sedar kena serang Influenza A (H1N1). Dan yang paling best, dapat mengorat ramai awek.
Habis kalau macam ini punya jawapan, hebat tang mana PLKN ni? Abang aku kena PLKN tahun 2007. Sampai sekarang macam tu jugak perangai dia. Barang siapa yang tidak menghadiri PLKN, akan dikenakan RM600 atu penjara 14 hari. Hukuman kepada remaja yang sengaja tidak hadir ke program ini menjurus kepada membentuk peribadi dan membimbing.
PLKN yang diwujudkan di bawah Akta Latihan Khidmat Negara bermula 2003 bertujuan melahirkan remaja yang lasak, tidak pasif dalam pergaulan, hidup kendiri dan merentasi batas antara kaum. Konsep PLKN juga bertujuan membentuk peribadi remaja untuk menjadi warga yang waras dalam hubungan sesama manusia dan patriotik kepada negara.
Hulamak ayat dia.. Mana dia kesan kepada negara sekarang ini? Jenayah dan kerosakan akhlak semakin meningkat. Itu fakta. Tidak ada salahnya, tetapi alangkah baiknya kiranya program ini untuk ditubuhkan bagi mereka yang tidak bersekolah. Kita ini orang megaji, banyak hala tuju. Hakikatnya, PLKN adalah menyusahkan dan membebankan. Ini hari, kalau kita perintah, itu PLKN kita tutup atau khaskan kepada mereka yang tidak bersekolah.
Hari ini aku dapat surat ke PLKN. Mahu penjara ka? Mahu rasuah RM600 ka? Mahu tamatkan pengajian ka? Atau mahu tangguh PLKN? Aku sedang berfikir.
- End -
May 22, 2009
|