Kahwin Gantung
Kahwin paksa ini biasanya kerap berlaku pada masyarakat dulu-dulu. Hal ini kerana mereka masyarakat dahulu tidak mengenal erti cinta. Mereka lebih bersopan santun dan menerima seadanya bakal calon masing-masing. Ibu bapa lah yang menjadi tunjang utama ikatan perkahwinan. Masyarakat dahulu juga mengamalkan kahwin pada usia yang muda.
Persoalannya, masih adakah kahwin paksa atau kahwin pada usia muda di zaman era teknologi di mana manusia sibuk mengejar kewangan? Dan sekiranya ada, ia mungkin amat memalukan. Mereka yang berkahwin awal mungkin sekali akan dipandang serong oleh mayarakat yang berpandangan negatif dan buruk sangka.
Dewasa ini, sering berlaku kes rogol, buang bayi malahan zina juga sudah menjadi perkara yang tidak asing lagi khususnya muda mudi kini. Siapa yang harus dipersalahkan? Mungkin kerana faktor ini masyarakat memandang negatif kepada mereka yang berkahwin awal atau secara paksa. Sekiranya zaman ini ibu bapa masih menentukan calon anak mereka, pasti akan disangkal oleh remaja yang memilih untuk hidup bersama pasangan masing-masing. Dan tidak hairanlah jika banyak kes hilang dan lari rumah semenjak ini. Dan ibu bapa mudah-mudah menfailkan anak mereka diculik.
Saya berkenalan dengan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun. Saya difahamkan bahawa ini anak adalah anak seorang menteri. Menteri apa? Itu rahsia. Sekarang beliau baru sahaja berkahwin dengan seorang jejaka dalam lingkungan 20-an. Dalam cerita dia, bukan berkahwin kerana cinta tetapi berkahwin kerana persepakatan oleh ibu bapa sendiri dan mertua. Oleh sebab tidak mahu mengecewakan perasaan ibunya dan dorongan yang kuat oleh abangnya, maka dia terpaksa menerimanya.
Saya cuba bertanya sedikit sebanyak kehidupan berumah tangga, tetapi cerita hidup dia langsung tak best. Remaja perempuan ini atau lebih dikenali dengan nama Si Ngok Ngek ini masih lagi dengan zaman keremajaanya. Pemalas sudah menjadi lumrah alam. Segala makan pakai suami tidak terjaga sepenuhnya. Tapi shoping sokmo tu yang tak tahan. Kehidupan mereka hanya sandiwara di hadapan ibu bapa masing-masing sehinggalah mereka berpindah rumah dan hidup berasingan dari ibu bapa.
Sebagai lelaki gentleman, sudah tentunya tidak tahan dengan kelakuan isteri yang kurang memuaskan. Hanya iman sahaja yang menetukan. Nak bagi penampar itu tidak mugkin sama sekali kerana kita lelaki gentleman. Jadi buat la hal masing-masing. Bergaduh tetap bergaduh. Mereka cuba ingin saling menyayangi tetapi tidak berhasil.
Di rumah baru, mereka mula tidur berasingan. Tapi persoalannya, sudah lama hidup bersama tetapi masih belum pernah melakukan hubungan kelamin. Hmm boleh percaya ker cerita dia ni? Sekiranya perkara ini benar berlaku, kahwin yang ditentukan ibu bapa sudah tidak lagi relevan dewasa ini. Jadi seharusnya ibu bapa perlu mengikuti zaman dan menerima hakikat bahawasanya kita sekarang di dalam era pembaharuan perubahan.
Cerita Si Ngok Ngek (bukan nama sebanar) tidak berhenti di sini sahaja. Saya akan mencungkil kisah remaja ini selanjutnya di lain masa, lain ketika. Saudara boleh menghubungi beliau pada link ini http://www.tagged.com/profile.html?uid=5412121398
Wassalam.
May 23, 2009
|