Tension Aku Datang Lagi (part 2)
Pengajianku di sekolah baru amat baik bila mana tidak ada sekatan disiplin dikenakan buat para siswa dan siswi. Kelas bagi tingkatan 6 rendah dibahagikan kepada 5 kelas. Tiga kelas pertama adalah ekonomi manakala selainnya adalah sastera.
Aku diletakkan di kelas yang kelima iaitu sastera. Walaupun aku tidak belajar sastera di tingkatan 5 tetapi otak aku memang otak sastera.. Tetapi aku tidak faham kenapa aku ditempatkan di kelas 5. Kata cikgu, penempatan kelas bergantung pada keputusan SPM. Tetapi aku cukup tidak faham.
Aku cukup tension bila mana aku di kelaskan bersama pelajar - pelajar yang nakal. Bila dah ada kepala, kelas pun akan bising. Bila dah bising, tumpuan akan hilang. Aku pun tidak hairanlah sebab aku tahu aku di kelas 5. Senang cakap aku bersama orang-orang yang tidak profesional dan kegentleman aku tergugat. Tapi itu tidak menjadi masalah.
Apa yang problemnya disini, aku tidak faham kenapa kelas aku dibezakan antara 6 rendah yang lain. Kelas aku ditempatkan di tingkat atas yang berjauhan dari kelas tingkatan 6 rendah yang lain. Dah la begitu, papan hitam pun tak dak.. Ini kan pulak papan putih. Sepatah pun aku tidak faham apa yang cikgu ajar. Justeru itulah aku mohon untuk menukar kelas.
Aku perhatikan, kelas aku jarang cikgu yang masuk. Mana tak masuknya, kelas pun pelik.. Terpinggir pulak tu. Jadi ada yang masih tercari-cari dimana pelajar rendah 5. Kalau masuk pun, berbual je yang banyak. Dia tidak pikir yang kita ni punya semangat nih. Tapi itu tidak mengapa. Yang penting Jeff Hardy Rocks.
May 21, 2009
|