Islam Hadhari
  
Lagi kisah buang bayi. Lepas satu satu, kes seperti ini berlaku. Remaja semakin berani. Dosa pahala dia tolak ketepi. Masa sekolah bukan untuk belajar lagi. Tapi untuk cari pasangan. Ibu bapa sibuk mengejar wang dan pangkat. Anak-anak gagal diawasi. Macam cerita anak halal la. Saudara pernah tengok? kalau belum mari kita pakat-pakat tengok.
Kelmarin kita dikejutkan dengan kes buang bayi. Bayi yang ditemui dalam keadaan terbungkus dengan selendang putih tidak bernyawa lagi. Ibu yang tidak berperikemanusiaan ini, telah membuang mayat bayi lelaki ini di perkarangan rumah pekerja yang menemui bayi tersebut. Selain itu juga, terdapat satu nota terselit di pintu pagar rumah pekerja berkenaan. Dalam nota itu tertulis:
"tolong kebumikan, terima kasih, saya sayang dia tapi tak berupaya untuk lakukan pengebumian. Saya menghargai pertolongan anda"
Hari ini kita dikhabarkan bahawa ibu kepada bayi tersebut ialah seorang remaja yang berusia 16 tahun. Berani ini anak mengaku. Dah maruah tergadai, mengaku pulak tu. Nah, inilah generasi yang dilahirkan oleh Islam Hadhari. Dimana puak-puak Umno Barisan Nasional dok pertahankan sangat. Mengikut keterangan remaja ini, iaitu ibu kepada bayi tersebut, beliau telah dirogol dan sehingga mengalami kehamilan. Tetapi kandungan ini dirahsiakan. Dah tak mau kena rogol macam mana, kalau kita bergaul bebas dengan bukan muhrim. Pegang tangan macam pemimpin Umno sorang tu la. Buka aurat macam bini pemimpin Umno hak tu la.
Alangkah bagus kiranya anak gadis berkurung di dalam rumah bagi mengelakkan kejadian rogol atau zina dan sebagainya dari berlaku. Tetapi apa yang menjadi contoh Islam Hadhari ini tidak boleh dipakai. Dan ini sering menjadi pertikaian bagi para ulama. Mengapa harus ada Islam Hadhari? Islam moden? Islam baru? Adakah Islam pada zaman nabi dahulu sudah lapuk dan ketinggalan dek zaman? Jika itu benar, mengapa Umno tidak jadikan solat tiga kali satu hari? kenapa tidak jadikan puasa dibenarkan minum secawan air? Dengan alasan dan hujah-hujah tertentu?
May 29, 2009
|