KEADILANDOTCOM
  Permintaan Terakhir
 

Permintaan Terakhir

Atas permintaan Si Ngok Ngek itu sendiri, saya terpaksa jugalah menulis lagi cerita mengenainya. Suara rakyat suara keramat. Oleh sebab itu kita kena bersikap adil. Remaja ini meminta untuk menyiarkan lagi kisah hidup dia, saya akan memenuhi permintaannya di samping ingin membuat sedikit pembetulan berikutan penafian beliau tentang kenyataan yang saya tulis baru-baru ini.

Apa yang remaja ini nafikan ialah mengenai hubungan seksual. Mereka tidak melakukannya kerana masing-masing tidak mahu lakukannya. Remaja perempuan ini menolaknya kerana faktor usia yang masih muda. Tidak bersedia untuk menjadi seorang ibu dan mempunyai hala tuju yang masih panjang. Manakala suaminya pula menolak kerana faktor masih belajar dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Selain itu kerana tidak ada nafsu. Memang la. Bersama dengan orang yang tidak kita cinta atau suka masa bila nak ada nafsu? Lagi pula, remaja perempuan ini tidak menunjukkan sebarang keghairahan di mata suaminya.

Apa yang menarik pada saya, si suami ini sudah berani membawa balik perempuan ke rumahnya. Kita jaga bagai menatang minyak yang penuh dan di anak emas kan, berani dia buat macam ini. Belakang parang. Sudah tentunya perempuan ini adalah kekasihnya. Perbuatannya ini memang boleh buat mana-mana isteri berang atau sedih. Tetapi Si Ngok Ngek pelik sedikit dan tidak sama seperti wanita normal  yang lain. Salah ibu mengandungkah? Dia tidak marah atau sedih tetapi rileks dan cool sahaja. Dia lari meninggalkan mereka berduaan seperti menggalakkan perlakuan sumbang di antara mereka. 





Kami remaja bencikan maksiat. Perbuatan suami dan kekasihnya serta juga remaja perempuan ini amat dikesali buat saya sebagai rakan reformasi. Kami di kelab reformis menentang sekerasnya kemaksiatan yang semakin menular di kalangan generasi muda dewasa ini. Apa yang dilakukan mereka kita tidak tahu. Tetapi saya tidak buruk sangka, si suami hanya mahu berbual dan minum-minum kopi bersama temannya sahaja barangkali.

Sebelum itu juga, remaja ini telah meluahkan kepada saya bahawa dia langsung tidak cinta pada suaminya. Dia hanya menjadi mangsa keadaan. Memang betul dia lahir dengan kemewahan. Bapa dia seorang menteri. Ibunya pula seorang pensyarah. Tetapi ini semua sangat tidak bermakna buat dirinya. Kerana, harta yang banyak, tetapi nak topup pun tak boleh. Kata ibunya, jangan kita membazir. Sudah ada suami, mau apa lagi kredit telefon. Remaja perempuan ini hanya mahukan kasih sayang yang sebenarnya. Dia tidak faham mengapa hidup dia penuh dengan dugaan.

Pada pemerhatian saya, remaja ini hanya jadi alat spanar oleh keluarganya sahaja demi kepentingan peribadi. Tetapi sangat padanlah dengan dirinya. Nak kata kesian, tak jugak. Hanya iman dan akhlak yang baik sahaja yang boleh bawa kita kemana-mana. Tetapi kepada Si Ngok Ngek, saya tak rasa begitu. 

Kah kah kah...

May 27, 2009

 
 
  Today, there have been 11 visitors (13 hits) on this page!  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free